wake up call? or its just a FATE!!

terlalu berkecamuk sejak dua menjak ini, terlalu banyak perkara yang terjadi, terlalu kosong juga dalam diri, maka di sini jugalah aku menyendiri. aku sebenarnya sangat terkilan dan kecewa juga kerana dengan segala usaha yang aku berikan, kerja keras, semuanya seakan sia-sia. aku salahkan diri sendiri. kerana aku jugalah perkara ini terjadi. i know my beloved parents are very very very supportive, tp tatkala memikirkannya, aku jadi sedih kerana mungkin aku telah kecewakan harapan mereka.

tidak ade apa yang perlu disembunyikan, hakikatnya aku gagal dalam pengajianku, tahun akhir ku. saat aku diberitahu sendiri oleh director sekolah ku, yang mampu aku lakukan, hanyalah memberikan sebuah senyuman padanya, dan mengucap syukur, syukur kerana diberi kekuatan menempuh segalanya. mungkin bagi segelintir mereka, pengajian ini agak mudah, tapi bagi ku, perjalanan utk pengajian aku ini terlalu sukar dan perit. tekanannya bukan kepalang. alhamdulillah semuanya buat aku lg kuat.

setiap tahun aku memperbaharui azam dan tekad, dah setiap tahun jugalah aku tidak capai ape yg aku hajatkan, tahun ini ujian paling dahsyat aku terima. mungkin ini balasan juga atas kelalaian aku, yess aku memang lalai.

mungkin ade segelintir akan tersenyum sinis atau mentertawakan. akhirnya zharif memahami apa itu erti kegagalan. tapi aku pohon jangan ungkit di hadapan mama dan baba, takut terguris juga hati mereka. mama dan baba sgt supportive setiap kali aku mengadu nasib pada mereka, mereka jugalah tempat terbaik aku memperoleh semula semangat.

melihat rakan seangkatan yang lain terus mengorak langkah dan membina hala tuju seterusnya, aku jadi cemburu, kerana aku masih terkapai dalam perjuangan ku sendiri. yep, aku cemburu, itu yang aku rasa, dan aku xleh tipu benda itu. inilah jalan yang telah ditetapkan buat aku, tapi berbekalkan kegagalan ini, aku akan terus mengorak langkah membina kejayaan yang lebih cemerlang. Jalan kita mungkin tidak sama, tapi aku tetap bersyukur kerana aku tahu inilah jalan TERBAIK untuk ku.

aku acapkali sebut sindrom merengzness aku itu, alhamdulillah sepanjang tahun ini, sindrom itu seakan hilang sendiri, entah kenapa datang kembali sejak dua menjak ini. sebagai peringatan untuk diri sendiri terhadap insan2 yang aku merengzz kan itu.

adakah org yg aku merengzkan itu beri semangat padaku? = TIDAK!!!

adakah org yg aku merengzkan itu ambil tahu dan bantuku? = TIDAK!!!

adakah org yg aku merengzkan itu cuba mencari resolusi atas kegagalanku? = TIDAK!!!

so wtf i should mereng2 lagi?????? haiyakkkkk......lemah

p/s maaf masih lagi tidak aktif mengupdate blog, xde mood sebenarnya walau dalam kepala mcm2 nak tulis, huhu.



THIS POST IS NO LONGER VALID....:p

0 comments:

 
©2009 ED-AHMAD | by TNB | Distributed by Blogger Blog Templates